Friday 28 October 2011

iLa

CINTA

mungkin aku terlalu muda dalam dunia percintaan. aku tahu aku tidak banyak pengalaman dalam bercinta. pertama kali aku bercinta aku telah dikecewakan..... kemudian aku hilang kepercayaan untuk bercinta lagi. bagi aku semua perempuan sama sahaja. tapi semua itu berubah bila aku berjumpa dengan kau ila. mungkin perwatakan kau sedikit berbeza dengan gadis lain, namun itulah yang membuat ak tertarik untuk dekat dengan kau. aku igt lagi kali pertama kita mesej ialah ketika aku bermain mesej dengan kawan kau. niat aku cuma untuk bermain sahaja, tetapi tiba-tiba kau hadir dalam inbox aku.

aku lantas bertanya, siapa insan yang berani berkenalan dengan aku yang hati ketika itu telah keras seperti batu? namun sesuatu yang tidak diduga telah berlaku, orang yang aku selalu pandang dari jauh telah mesej aku secara tiba-tiba.

aku kelu untuk berkata-kata sebelum itu, namun aku teruskan juga membalas mesej mu kerana bagi aku tidak salah sekiranya aku bermain sebentar. aku ingat lagi, pada hari kedua kita berkenalan kau telah ajak aku bercinta. aku pun setuju sahaja sebab bagi aku seronok juga kalau ada orang teman untuk aku mesej.

namun sesuatu yang tidak disangka berlaku lagi dalam hidup aku, aku sedikit demi sedikit mula jatuh cinta kepadamu ila. Demi untuk mendapatkan cintamu aku jujur keadamu bahawa aku sebenarnya telah jatuh cinta kepada mu. namun kau memberi jawapan yang tidak aku sangka-sangka, kau juga telah jatuh cinta kepada ku. ketika itu apa yang ak nampak cuma muka mu ila. aku benar-benar talah jatuh cinta kembali. niat yang pada awalnya hanya untuk bermain telah bertukar menjadi cinta yang ikhlas.

perjalanan hidup kita begitu bahagia, apa sahaja yang aku lakukan kau mesti ada. apa sahaja yang kau ingin lakukan mesti kau akan ajak aku untuk lakukan bersama. banyak mulut jahat yang tidak ingin kita bersama namun semua itu tidak dapat untuk menggugat cinta kita berdua.

namun kisah cinta kita dihiasi dengan sedikit onak dan duri, adat orang bercinta kalu bergaduh itu kan tanda sayang. aku masih ingat lagi selepas dua tahun kita bercinta kau menceritakan aku tentang kisah silam kau yang pahit itu. aku terduduk mendengarnya, kau pasrah dengan mengatakan yang engkau rela kalau aku ingin meninggalkan mu. namun kau sudah silap, ketika itu hati aku telah terlalu sayang, suka dan cintakan kau ila. mana mungkin aku dapat melepaskan orang yang telah membahagiakan aku.

kau tahu apa yang menggembirakan aku ila? aku sangat gembira dan bahagia bila tengOk muka kau lepas kau jujur dengan aku. aku dapat lihat muka kau yang lega bila tidak perlu lagi memendam rahsia silammu. hari demi hari aku semakin sayang , suka dan cintakanmu ila. memang ada kalanya aku marah dan kita bergaduh. dan ada kalanya aku mintak putus namun kau setia menunggu aku. seperti yang dapat diagak apabila bercinta, aku mesti akan cari kau balik bila kita sudah putus.

namun sesuatu yang paling aku takut telah terjadi, suatu hari kau mintak putus dan cakap yang kau telah tekad untuk tinggalkan aku. aku hilang arah, aku ingat lagi aku merayu menangis dihadapan kau untuk kau terima aku kembali. aku tahu silap aku, aku dah menyesal dengan apa yang aku lakukan. aku terlalu ego, aku terlalu pentingkan benda lain daripada kau. aku igat kau faham , namun aku yang salah kerana mengabaikan kau ila. memang dulu aku selalu buat benda lain (main game dan sebagainya). namun kau jangan lupa cinta aku terhadap kau tidak pernah kurang, walaupun aku dapat tahu kau banyak merahsiakan sesuatu daripada aku namun itu semua tidak menghapuskan cinta aku kepada mu ila. aku bersyukur akhirnya kau terima aku kembali dalam hidup kau ila. aku bersyukur kerana Allah masih izinkan aku untuk bersama dengan mu.

aku telah sedar ila, selepas kau terima aku kembali. aku telah banyak berubah untuk kau. aku akan cuba memenuhi segala kemahuan kau selagi aku termampu, namun kebahagiaan yang aku kecapi hanya sekejap. kau mula jujur bahawa kau telah mula suka kepada orang lain. aku terlalu kecewa, bagaikan hati ini telah dibelah dengan pisau yang sangat tajam. namun aku tetap tidak berputus asa, aku tetap inginkan kau. aku bagi kau masa untuk melupakan dia. aku yakin dengan apa yang Allah tunjukkan. Allah telah tunjukkan yang kau adalah jodohku melalui solat sunat istiharah yang aku lakukan. tidakkah kau percaya kepada petunjuk dari Allah , sedangkan kau juga mendapat petunjuk bahawa aku adalah jodohmu melaui solat istiharah yang engkau lakukan.

hari rabu 26 oktober 2011, 2 hari lagi untuk genap percintaan kita selama 3 tahun 9 bulan kau tiba-tiba berubah hati. kau tiba-tiba meninggalkan aku keseorangan. kau tiba-tiba buang aku dari hidup kau. kenapa ila? kenapa? sedangkan pada hari sebelumnya kita begitu bahagia, kita telah bercadang untuk berkahwin dan membina hidup bersama selamanya. tapi kenapa tiba-tiba kau buang aku dari hidup kau. alasan kau cuma kau telah menyintai orang lain. aku tahu itu bukan sebab kau tinggalkan aku. kenapa ila? kau tahu kan  bila seorang lelaki menangis itu bermaksud yang dia terlalu mencintai dirimu. tapi kenapa? dulu kau pernah cakap yang aku adalah cinta yang engkau cari selama ini, kau pernah cakap yang aku adalah orang yang memberi engkau bahu. tapi kenapa sekarang? kenapa sekarang kau macam tidak percaya dengan cinta yang telah aku berikan . banyak bukti yang telah aku tunjukkan yang aku terlalu cintakan kau ila. kenapa kau tutup hati kau dalam menerima kebenaran yang aku masih mencintaimu ila dan aku tahu kau masih mencintai ku namun kau degil untuk menerimanya.

biarlah apa orang nak cakap. aku cuma nak kau tahu ila. yang aku tetap menunggu kau sehingga hati ini mati terhadap erti cinta yang telah kau ajar kepada aku selama ini. aku tidak akan berputus asa untuk memiliki kau kembali.

Kerana aku tahu selagi kau ada secebis perasaan terhadapku, aku tahu aku masih ada peluang.

Dan sekali aku berhenti dari menuggumu dan mempertahankan cinta ini, aku tahu aku telah kehilanganmu.

janji aku kepadamu untuk menjagamu sepanjang hayatku tetap aku pegang. dan aku akan setia menunggu mu

No comments:

Post a Comment