Sunday 27 November 2011

Wednesday 23 November 2011

B.E.B.A.S

aku telah berjanji pada diriku
untuk tidak buat kau kecewa lagi
tapi tadi aku telah khianati janji aku
maafkan aku ila

aku selalu ambil tahu tentang dirimu
muka buku, email, mesej, semuanya aku ingin tahu
aku sentiasa jaga dirimu, menolongmu
aku tidak kisah terseksa asalkan kau bahagia
namun aku rasa seperti ada yang tidak kena
aku cuba bayangkan diriku di tempatmu
aku rasa.....
kau umpama burung didalam sangkar emas
kau bahagia tapi kau terseksa
kau dapat kasih sayang yang kau mahukan
kau dapat cinta yang kau mahukan
kau dapat bahu yang kau mahukan
TAPI...........
hati kau terseksa, kau dikongkong
aku telah sedar
maafkan aku sayang

terbanglah sayang kalau itu yang kau mahukan
aku yakin dengan dirimu
aku tahu
andai kau adalah untukku
kau akan datang kembali kepadaku

maafkan aku untuk segalanya

MaAf aKu yAnG SaLaH

baru beberapa hari bercinta 
aku bahagia sangat
TaPI.....
tadi kita bergaduh lagi
aku buat kau kecewa lagi
aku sedih bila kau cakap kau kecewa lagi
mata aku berair seketika menahan sebak
aku takut kau tinggalkan aku
cinta aku memang ikhlas
aku memang setia
tapi itu semua tidak bermakna 
kerana aku memang tidak pandai menjaga hatimu ila
aku tidak suka melihat hatimu kecewa

maafkan aku untuk semuanya








Saturday 19 November 2011

jadikan dia isteriku Ya ALLAH

CiNtA telah mula berputik dan bersatu kembali
hanya satu pintaku
jadikan lah dia isteriku dunia akhirat

Wednesday 2 November 2011

bOLa -bUaNg dAn kUtIp-

adakah aku membuat kesilapan dengan menunggu mu????

masa kau buang aku dari hidup kau, kau tekad. kau tidak layan sebarang rayuan yang keluar dari mulut aku. kau berhenti mesej aku, kau berhenti membuat panggilan telefon kepadaku. sehinggakan aku rasa yang aku memang tiada harapan untuk memiliki mu lagi.

namun aku telah melakukan sesuatu yang kau katakan telah menutup peluang kau dengan "DIA". bila telah menjadi begini kau mula mesej aku kembali dan membuat panggilan telefon kepadaku. kenapa? bila kau inginkan dia kau tinggalkan aku tanpa sedikit ihsan pun tentang perasaan ku. dan bila aku tutup peluang itu kau mula memberi respon kepadaku semula.

adakah aku hanya bola? dikutip bila diperlukan dan dibuang bila tidak diperlukan??

Sunday 30 October 2011

AkU SeDaR

maafkan aku
memang kita telah lama bersama
namun aku tidak pernah memahami mu ila
alasan mu untuk meninggalkan ku
hanya engkau seorang yang faham

kadang-kadang aku terfikir
adakah cinta aku sendiri yang membunuh cinta kita?
adakah kejujuran yang membunuh cinta kita?

aku cuma tidak mengerti
ketika kau perlukan aku, kau peluk tubuh ku erat-erat
bila kau tidak perlukan aku, kau buang aku umpama ....


nota kaki: mungkin aku tidak perlu terlalu setia, mungkin aku tidak perlu terlalu jujur, mungkin aku harus sedar we are not meant to be together

Saturday 29 October 2011

aKu

AkU TiDaK TaHu aPA yAnG TeRbAiK UnTuKmU sAyAnG

kAdAnG-kAdAnG aKu TeRLAlU InGiNkAnKaN KaU 
SeHiNgGa aKu MeNdEsAk kaU uNtUk mEnErImA AkU KeMbALI

KaDaNg-KaDaNg akU rEdhA DenGaN pEmErGiAnMu
DeNgAn hArApAn KaU aKaN LeBiH BaHaGiA taNpAku

KaDaNg-KAdAnG AkU HAnYa DuDuK DiAm mEmBiSU
sEtIa mEnUnGgU DeNgAn hArApAN
KaU KeMbAlI Ke sIsI Ku

KaDaNg-KaDaNg aKu MeNaHaN MuKa
MeMiNtA bAnTuAn dArI kElUArgA DaN SahABatMu
dEnGaN HaRaPaN mErEkA DaPaT MeMuJuKmU

aKu TiDaK TaHu aPa yAnG HaRuS aKu lAkUkAn
SeMuA YaNg aKu bUaT sElAlUnYa AkAn mEnYaKiTkAn hAtImU
mEnAmBaH KeBeNcIaNmU TeRhAdApKu

EnTaHlAh, MuNgKiN DiAm iTu aDaLaH LeBiH BaIk
mUnGkIn aKu dIaM mEmBiSu
TaPi iA tIdAk bErMaKnA aKu bErHeNtI
aKu tEtAp aKaN MeNuNgGuMu iLa


Friday 28 October 2011

CiNtA

aku tidak akan berhenti

mungkin kau rasa aku terlalu memaksa kau untuk menerimaku kembali. 
aku sedar cara aku salah
aku tahu aku terlalu memaksa
aku tahu kau mesti rimas dengan aku
maafkan aku ila....
aku tahu aku tidak mampu untuk mengubah hati kau lagi
aku tahu nukilan aku ini tidak mungkin kau akan baca
aku tahu kau mungkin pelik kerana lelaki seperti aku tiba-tiba berjiwang seperti ini
sedangkan sebelum ini aku begitu keras untuk berjiwang
aku tidak kisah apa pun tanggapan kau kepada aku
apa yang aku tahu, aku akan luahkan segala apa yang aku rasa
dengan harapan kau akan kembali suatu hari nanti
sedarlah sayang , aku sentiasa menunggumu



iLa

CINTA

mungkin aku terlalu muda dalam dunia percintaan. aku tahu aku tidak banyak pengalaman dalam bercinta. pertama kali aku bercinta aku telah dikecewakan..... kemudian aku hilang kepercayaan untuk bercinta lagi. bagi aku semua perempuan sama sahaja. tapi semua itu berubah bila aku berjumpa dengan kau ila. mungkin perwatakan kau sedikit berbeza dengan gadis lain, namun itulah yang membuat ak tertarik untuk dekat dengan kau. aku igt lagi kali pertama kita mesej ialah ketika aku bermain mesej dengan kawan kau. niat aku cuma untuk bermain sahaja, tetapi tiba-tiba kau hadir dalam inbox aku.

aku lantas bertanya, siapa insan yang berani berkenalan dengan aku yang hati ketika itu telah keras seperti batu? namun sesuatu yang tidak diduga telah berlaku, orang yang aku selalu pandang dari jauh telah mesej aku secara tiba-tiba.

aku kelu untuk berkata-kata sebelum itu, namun aku teruskan juga membalas mesej mu kerana bagi aku tidak salah sekiranya aku bermain sebentar. aku ingat lagi, pada hari kedua kita berkenalan kau telah ajak aku bercinta. aku pun setuju sahaja sebab bagi aku seronok juga kalau ada orang teman untuk aku mesej.

namun sesuatu yang tidak disangka berlaku lagi dalam hidup aku, aku sedikit demi sedikit mula jatuh cinta kepadamu ila. Demi untuk mendapatkan cintamu aku jujur keadamu bahawa aku sebenarnya telah jatuh cinta kepada mu. namun kau memberi jawapan yang tidak aku sangka-sangka, kau juga telah jatuh cinta kepada ku. ketika itu apa yang ak nampak cuma muka mu ila. aku benar-benar talah jatuh cinta kembali. niat yang pada awalnya hanya untuk bermain telah bertukar menjadi cinta yang ikhlas.

perjalanan hidup kita begitu bahagia, apa sahaja yang aku lakukan kau mesti ada. apa sahaja yang kau ingin lakukan mesti kau akan ajak aku untuk lakukan bersama. banyak mulut jahat yang tidak ingin kita bersama namun semua itu tidak dapat untuk menggugat cinta kita berdua.

namun kisah cinta kita dihiasi dengan sedikit onak dan duri, adat orang bercinta kalu bergaduh itu kan tanda sayang. aku masih ingat lagi selepas dua tahun kita bercinta kau menceritakan aku tentang kisah silam kau yang pahit itu. aku terduduk mendengarnya, kau pasrah dengan mengatakan yang engkau rela kalau aku ingin meninggalkan mu. namun kau sudah silap, ketika itu hati aku telah terlalu sayang, suka dan cintakan kau ila. mana mungkin aku dapat melepaskan orang yang telah membahagiakan aku.

kau tahu apa yang menggembirakan aku ila? aku sangat gembira dan bahagia bila tengOk muka kau lepas kau jujur dengan aku. aku dapat lihat muka kau yang lega bila tidak perlu lagi memendam rahsia silammu. hari demi hari aku semakin sayang , suka dan cintakanmu ila. memang ada kalanya aku marah dan kita bergaduh. dan ada kalanya aku mintak putus namun kau setia menunggu aku. seperti yang dapat diagak apabila bercinta, aku mesti akan cari kau balik bila kita sudah putus.

namun sesuatu yang paling aku takut telah terjadi, suatu hari kau mintak putus dan cakap yang kau telah tekad untuk tinggalkan aku. aku hilang arah, aku ingat lagi aku merayu menangis dihadapan kau untuk kau terima aku kembali. aku tahu silap aku, aku dah menyesal dengan apa yang aku lakukan. aku terlalu ego, aku terlalu pentingkan benda lain daripada kau. aku igat kau faham , namun aku yang salah kerana mengabaikan kau ila. memang dulu aku selalu buat benda lain (main game dan sebagainya). namun kau jangan lupa cinta aku terhadap kau tidak pernah kurang, walaupun aku dapat tahu kau banyak merahsiakan sesuatu daripada aku namun itu semua tidak menghapuskan cinta aku kepada mu ila. aku bersyukur akhirnya kau terima aku kembali dalam hidup kau ila. aku bersyukur kerana Allah masih izinkan aku untuk bersama dengan mu.

aku telah sedar ila, selepas kau terima aku kembali. aku telah banyak berubah untuk kau. aku akan cuba memenuhi segala kemahuan kau selagi aku termampu, namun kebahagiaan yang aku kecapi hanya sekejap. kau mula jujur bahawa kau telah mula suka kepada orang lain. aku terlalu kecewa, bagaikan hati ini telah dibelah dengan pisau yang sangat tajam. namun aku tetap tidak berputus asa, aku tetap inginkan kau. aku bagi kau masa untuk melupakan dia. aku yakin dengan apa yang Allah tunjukkan. Allah telah tunjukkan yang kau adalah jodohku melalui solat sunat istiharah yang aku lakukan. tidakkah kau percaya kepada petunjuk dari Allah , sedangkan kau juga mendapat petunjuk bahawa aku adalah jodohmu melaui solat istiharah yang engkau lakukan.

hari rabu 26 oktober 2011, 2 hari lagi untuk genap percintaan kita selama 3 tahun 9 bulan kau tiba-tiba berubah hati. kau tiba-tiba meninggalkan aku keseorangan. kau tiba-tiba buang aku dari hidup kau. kenapa ila? kenapa? sedangkan pada hari sebelumnya kita begitu bahagia, kita telah bercadang untuk berkahwin dan membina hidup bersama selamanya. tapi kenapa tiba-tiba kau buang aku dari hidup kau. alasan kau cuma kau telah menyintai orang lain. aku tahu itu bukan sebab kau tinggalkan aku. kenapa ila? kau tahu kan  bila seorang lelaki menangis itu bermaksud yang dia terlalu mencintai dirimu. tapi kenapa? dulu kau pernah cakap yang aku adalah cinta yang engkau cari selama ini, kau pernah cakap yang aku adalah orang yang memberi engkau bahu. tapi kenapa sekarang? kenapa sekarang kau macam tidak percaya dengan cinta yang telah aku berikan . banyak bukti yang telah aku tunjukkan yang aku terlalu cintakan kau ila. kenapa kau tutup hati kau dalam menerima kebenaran yang aku masih mencintaimu ila dan aku tahu kau masih mencintai ku namun kau degil untuk menerimanya.

biarlah apa orang nak cakap. aku cuma nak kau tahu ila. yang aku tetap menunggu kau sehingga hati ini mati terhadap erti cinta yang telah kau ajar kepada aku selama ini. aku tidak akan berputus asa untuk memiliki kau kembali.

Kerana aku tahu selagi kau ada secebis perasaan terhadapku, aku tahu aku masih ada peluang.

Dan sekali aku berhenti dari menuggumu dan mempertahankan cinta ini, aku tahu aku telah kehilanganmu.

janji aku kepadamu untuk menjagamu sepanjang hayatku tetap aku pegang. dan aku akan setia menunggu mu